Responsive Ad

Aiskrim Sumi


Bahan-bahan
3 cawan air
1 cawan susu cair
1 1/4 cawan susu pekat manis
1 sudu besar tepung jagung dibancuh dgn 1 sudu besar air
perisa dan warna yg anda suka
3 packet jelly sumi - dibelah 4 setiap satu

Cara-cara
1. Masak air, susu pekat manis dan susu cair hingga mendidih.
2. Kecilkan api, masuk kan bancuhan tepung jagung dan kacau hingga nampak pekat sedikit. Tutup api.
3. Letak perasa dan pewarna, kacau rata.
4. Biarkan sejuk dahulu pada suhu bilik sebelum di isi kedalam plastik atau bekas aiskrim yg sesuai. Jgn lupa masuk jelly sumi semasa isi airnya.

*guna esen rose & warna pink untuk perisa bandung. Orange untuk perisa oren.

Post a Comment

0 Comments